Rabu, 15 Agustus 2012

Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib (sufi indonesia)

Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutalib bin Hassan Al-Indonesi Al-Mandili (lahir di Tapanuli Selatan, 31 Desember 1910 – meninggal di Makkah, 31 Desember 1965 pada umur 55 tahun) adalah seorang ulama Nusantara.

Pendidikan

Ia mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada 1917 dan lulus kelas Lima pada 1923. Pada 1924, Ia berhijrah ke Kedah kerana mendalami ilmu agama. Pada mulanya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, di Pondok Penyarum, Pendang, kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada 1926, Sheikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang ketika itu baru diambil alih oleh Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him). Beliau berguru dengan Pak Chu Him selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok ini sekitar 1934. Sesudah 10 tahun di Titi Gajah, Sheikh Abdul Qadir berhasrat untuk berguru dengan abang Pak Chu Him, Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da ‘Ali), seorang ulama besar di Makkah ketika itu. Pada 1936, beliau bertolak ke Makkah dan berguru dengan beberapa ulama besar seperti Pak Da ‘Ali Al-Fathani, Sheikh Al-Maliki, Sheikh Hassan Al-Mashat, Sheikh Muhammad Al-Arabi, Sheikh Syed Al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad. Turut menjadi guru beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa Al-Fadani, Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakarian Abdullah Bela.

Karier

Ia pernah menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram dan dikatakan sebagai seorang ulama yang sangat alim dan digelar oleh Tuan Guru Haji Husein Che Dol sebagai “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili al-Indonesi” yang menggambarkan keilmuan beliau. Walaupun menjadi guru di Masjidil Haram, hubungan beliau dengan alim-ulama dan para penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab.

Karya

Tulisan beliau meliputi pelbagai bidang seperti usuluddin, tasawwuf, fiqh, politik, pendidikan dan hukum. Diriwayatkan sewaktu berada di Makkah, beliau telah menghasilkan 24 buah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab, antara lain:
  • Risalah Pokok Qadyani – Risalah ini mendedahkan kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani.
  • Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari – Kitab ini ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
  • al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab – Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran Kaum Muda.
  • Pendirian Agama Islam – Kitab ini ditulis pada tahun 1956 dan membicarakan tentang masalah ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percanggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam.
  • Senjata Tok Haji dan Tok Lebai – Kitab ini ditulis pada tahun 1949
  • Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati – Kitab ini ditulis pada tahun 1950
  • Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim – Kitab ini ditulis pada tahun 1952
  • Bekal Orang Yang Menunaikan Haji – Kitab ini ditulis pada tahun 1953
  • Penawar bagi Hati – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah Publishers
  • Perisai bagi Sekalian Mukallaf – Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah Publishers dan Jahabersa.
  • Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961)
  • Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962)
  • Islam: Agama dan Kedaulatan (1959)
 sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar